Pelakon Amar Baharin teruja menunjukkan rumah baharunya jenis berkembar dua tingkat yang terletak di Semenyih, Selangor.

Menurut Amar, dia dan isterinya, Amyra Rosli membuat keputusan membeli rumah tersebut adalah untuk memberi peluang kepada anak-anaknya bermain di halaman rumah.

“Inilah rumah saya yang tak seberapa. Pada mulanya, kami bercadang membeli rumah ini sebenarnya nak bagi anak main-main di halaman luar ni.

“Banyak perancangan juga yang saya dan isteri fikir untuk dekorasi rumah ini,” katanya.

Amar berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Amar memuat naik rakaman video yang menunjukkan ruangan rumahnya dari ruang tamu, dapur sehingga bilik-biliknya di tingkat atas.

Dalam video tersebut, Amar menerangkan satu persatu perancangannya untuk mendekorasi rumah tersebut.

Menurut Amar aka nada satu bilik khas untuk pakaian baju dan solekan Amyra.

“Ini bilik yang paling Amyra suka iaitu bilik wardrobe. Saya yakin dalam bilik ni nanti 80 peratus adalah baju Amyra. Disini juga aka nada ruang dan meja soleknya,” katanya lagi.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang baru berusia 8 bulan.

Bagi saya pemilihan cabinet adalah perkara yg paling penting utk pastikan rumah korang nampak kemas. Semua barang2 perlu berada dlm cabinet betul tak?Sebab tu saya pilih @unitykitchen . So sekarang nak tanya design cabinet mcm mane yg paling “in” utk 2020 ni? Any idea? . #unitykitchen #chooseunity #happywifehappylife #proud2bunitian

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on