Penyanyi popular 90-an, Aishah akui penghibur dan selebriti juga seperti manusia biasa yang turut menjalani rutin harian lain.

Menurut Aishah, sebagai artis dia juga ada masanya tidak dapat melindungi wajah atau memek muka dia yang ada kalanya tidak sempurna.


“Di sebalik wajah rasmi,inilah (fotonya sedang menguap) wajah seorang penghibur, yang pagi lagi dah masuk dapur masak,bersiap untuk pergi latihan.


“Kemudian mula proses make up dan bersiap utk recording.


“Dalam bilik aircond yang nyaman ni, dengan perut yang agak lapar kerana berpuasa,hwaaaaaaa terus rasa mengantuk sementara tunggu turn.


“Abg kata ni gambar yg paling real,” katanya.


Aishah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.


Menerusi entri tersebut dia memuat naik beberapa keping gambarnya sedang menguap.


Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata lucu melihat aksi Aishah dan merasakan artis kesayangan mereka tidak hipokrit kerana menunjukkan raealiti kehidupan yang sebenar.

Day #153 - Di sebalik wajah rasmi,inilah wajah seorang penghibur,yg pagi lagi dah masuk dapur masak,bersiap utk pergi latihan.Kemudian mula proses make up dan bersiap utk recording???Dalam bilik aircond yg nyaman ni,dgn perut yg agak lapar kerana berpuasa,hwaaaaaaa terus rasa mengantuk sementara tunggu turn????Abg kata ni gambar yg paling real ???

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on