INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.

Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.

Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.

Pentas akhir INNOVATHON bakal menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.

Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.

INNOVATHON

Throwback balik Episod yang lepas di bawah:

Minggu 1Tekan Di Sini
Minggu 2Tekan Di Sini
Minggu 3Tekan Di Sini

Korang boleh terus ke bawah untuk mengenali siapakah inovator untuk MINGGU INI dan apakah PRODUK INOVASI mereka di bawah.

Jangan lupa juga untuk mengundi produk manakah yang anda rasa paling kreatif dalam People Choise Awards sekarang!

INNOVATHON - People Choice Awards

Maklumat lebih lanjut mengenai peserta minggu ini beserta maklumat ciptaan mereka:

Peserta 1
PRODUKINFO PRODUKINFO PESERTA

1. Kumpulan Orthopods yang diketuai oleh Dr. Mohd Ashaari Bain dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Peserta 2
PRODUKINFO PRODUKINFO PESERTA

1. Kumpulan Boleh Bah Kalau Kau dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah.
Peserta 3
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. Kumpulan Captain Innovator dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Slim River, Perak yang diketuai oleh Shahrizal Hussin.
Peserta 4
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. Kumpulan Rehab Shine, Hospital USM, Kota Bahru, Kelantan.

Peserta 5
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. Kumpulan DEVGRU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang diketuai Encik Mohd Faizal bin Mohd Nasir dan Encik Mohamad Zafrul bin Mohamad Tajuddin
Peserta 6
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. Kumpulan SEPPEK diketuai oleh Encik Rusasmizal Bin Mohamad Ghazali dan Encik Mohd Zulafandi Bin Abdullah
Peserta 7
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff bin Syed Zakaria (Bersara) pernah berkhidmat di Batalion ke 17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (PARA).

Peserta 8
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA

1. Dr.Billy merupakan 'Researchpreneur', pada September 2022 antara lapan penerima antarabangsa Anugerah 'The Regal British Award' yang berprestij oleh World Humanitarian Drive, U.K.