Berita
"Insya-Allah Tahun Ini Saya Mahu..." - Scha Alyahya
Aktres dan hos jelita, Scha Alyahya mahu seimbangkan karier lakonan dan pengacaraannya tahun ini.
Menurut Scha, dia banyak menerima tawaran untuk mengacara pada tahun lalu dan merasakan tahun 2019 adalah masa yang sesuai untuk dirinya kembali di kaca TV sebagai seorang pelakon.
"Saya memang banyak mengacara pada tahun lepas, jadi saya rasa tahun ini adalah masa yang sesuai untuk orang nampak saya berlakon pula.
"Saya baru selesai menjalani penggambaran sebuah sitkom yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, insya-Allah selepas ini saya akan terus berlakon.
"Namun begitu, ia bergantung juga kepada sesebuah tawaran, jika saya rasa ianya bersesuaian dan jika saya boleh beri komitmen, saya akan terima," katanya kepada Gempak.
Scha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan dan pengacaraan.
Pada 4 Mei 2012, Scha mendirikan rumah tangga bersama hos popular, Awal Ashaari dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini hampir berusia lima tahun.
Must-Watch Video