Berita
"Insya-Allah Tak Mati Tercekik, Saya Masak Saya Tau" - Eina Azman Bidas Netizen
Resipi Asam Laksa yang dikongsi pelakon Datin Paduka Eina Azman dipertikai oleh segelintir netizen di laman Instagram (IG) miliknya.
Netizen mempersoalkan tentang cara masakan ikan dalam Asam Laksa tersebut.
Eina baru sahaja berkongsi resepi itu menerusi sebuah video di entri terbaru IGnya sebentar tadi.
"Alhamdulillah done cooking Asam Laksa," tulis Eina ringkas sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan cara Eina dan menganggap dia tidak membuang tulang ikan serta tidak merebusnya terlebih dahulu.
"Ikan tu memang tak rebus ke Datin Eina, blend macam tu je ke.
"DP, nak tanya, ikan tu masuk sekali tulang ke? Ke DP dah asing tulang?
"Ni kalau makan mesti terasa kesat-kesat kalau blend tak halus, seeloknya rebus dulu, asingkan antara isi dan tulang," tulis netizen.
Tidak berdiam diri, Eina membalas beberapa komen netizen terbabit.
"Boleh je makan, Insya-Allah tak mati tercekik, saya masak saya tau," balasnya.
Ibu kepada dua orang anak ini sememangya rajin turun ke dapur, Eina juga terkenal dengan 'hashtag' #itsdonebyeinaazman di setiap video resipi yang dikongsi di IGnya.
Must-Watch Video