Laman Utama
Intan Ladyana, Harris Alif Rancang Kahwin Awal Tahun 2021?
Pelakon Intan Ladyana, 38, menafikan bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Harris Alif, 21, pada awal tahun hadapan seperti yang didakwa warganet.
Intan ketika ditemui Gempak berkata, sekiranya dia dan Harris merancang untuk berkahwin, berita gembira tersebut pasti dikongsi kepada para peminat.
“Saya pun baru dengar cerita ni. Kalau berita tersebut benar, takkanlah saya tak beritahu kepada semua,” katanya.
Advertisement
Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan pelakon cantik ini merancang menamatkan zaman solonya pada Mac 2021.
Intan kemudian mengatakan dia lebih selesa kisah peribadinya tidak menjadi perhatian umum.
“Orang yang mengenali saya pasti tahu, sejak dulu pun saya tidak suka sangat berkongsi kisah peribadi.
“Saya lebih selesa privasikan kisah peribadi apa lagi perihal cinta kerana kalau tidak menjadi, malu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikan duta produk kecantikan AG Beauty di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai hubungan cintanya dengan lelaki yang lebih muda, Intan berkata ia tidak menjadi masalah kerana Harris seorang lelaki yang matang berbanding usianya.
“Harris tak macam lelaki seusianya yang lain. Ada sesetengah perkara dia lebih matang daripada saya, tapi terlalu awal untuk saya menceritakan tentang ini kerana kami baru menjalinkan hubungan.
“Setakat ni semuanya okay. Normal untuk kita belajar perkara baru ketika dalam fasa mengenali hati budi seseorang,” katanya.
Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya.
Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram (IG) pada 6 Mei lalu.
Must-Watch Video