Tindakan pelakon Intan Najuwa memuat naik beberapa keping foto ‘seksi’ ketika sedang bercuti telah mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Intan Najuwa atau nama aslinya Intan Najuwa Abdul Wahid telah mengenakan busana berona hijau yang menampakkan bahagian perut dan peha sedikit terdedah.

Bagaimanapun segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang di ruangan balas dan mengingatinya untuk menjaga imej sebagai seorang figura awam (public figure).

“Seksi sangat Intan ni.

“Aurat tu, kita kan berada di akhir zaman, kot ya pun nak free hair baju tu janganlah sampai menaikkan nafsu lelaki.

“Kak Intan kenapa sekarang makin ketat, muka tu cantik dah, akak kan public figure.

“Seriusla Intan macam ni, sejak bila ni macam tak percaya je,” antara komen yang ditinggalkan.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima 72,000 tanda suka dan 500 komen.

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)