Penyanyi dangdut Inul Daratista yang sebelum ini dikhabarkan membuang ribuan pekerjanya di pusat hiburan karaoke miliknya, Inul Vista menafikan berita tersebut.
Inul sebaliknya mengatakan dia tidak menyambung kontrak kerja para pekerjanya seperti yang dilakukan sebelum ini. Hal itu kata Inul adalah kerana banyak pusat karaoke miliknya terutama di Jakarta ditutup sepanjang pandemik virus Corona melanda.
"Tidak ada yang dipecat atau dibuang. Itu agak kasar ya. Tapi saya tidak menyambung kontrak kerja mereka. Ada yang hanya kerja dengan kontrak enam bulan sahaja, jadi setelah tamat saya tidak memperpanjangkannya.
"Jadi kebetulan masa pandemik, ada yang habis kontrak, maka tidak bekerja. Bagaimanapun saya sudah selesaikan tiga bulan gaji, hanya tiga bulan setelah itu yang tidak dibayar kerana pandemik," jelas Inul membetulkan fakta yang mengatakan dia membuang pekerja sebelum ini.
Malah dia tidak menolak untuk kembali menerima pekerja yang telah tamat kontrak jika ingin kembali bekerja.
"Kalau hantar resume semula, Insya Allah diterima kerja lagi," katanya kepada media Indonesia.
Selain menafikan membuang pekerja, Inul juga membantah jika dia muflis kerana bisnes karaokenya yang tak laku.
Hakikatnya, selama masa pandemik memang Inul sengaja menutup tempat karaokenya.
"Belum ada pusat karaoke saya yang muflis. Saya tegaskan, selama 17 tahun sehingga mengalami pandemik ini, belum ada Inul Vista yang muflis.
"Tetapi banyak pusat karaoke yang di Jakarta ditutup. Bisnes di beberapa daerah lain seperti di Bekasi, di Jawa Tengah semuanya buka dan sesuai dengan sosial distancing.
"Alhamdulillah respons bagus kerana hanya Inul Vista yang buka saat ini jadi ramai yang datang," jelas pemilik goyang ngebor ini.
Kredit Foto: Industry.co.id
Maliah Surip
Mon Nov 23 2020
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.