Skip to main content

Hiburan

Tuduhan Ambil Idea ‘Jane In Heaven’ Tidak Tepat, SRC Tegaskan Rakaman Semula Lagu Cinta Tersimpul Rapi Adalah ‘Cover Version’ - “Jane Pun Meniru”

Astro Gempak 267

Sekilas

Pengurus Besar Suria Records Sdn. Bhd. (SRC), Efry Arwis menjawab dakwaan segelintir netizen yang mendakwa syarikat itu meniru konsep susunan lagu Cinta Tersimpul Rapi versi AI yang dihasilkan oleh pencipta kandungan (AI) yang dikenali sebagai Jane In Heaven.

Menurut Efry, tuduhan bahawa SRC meniru susunan lagu tersebut juga tidak tepat kerana konsep meniru dan mencuri adalah dua perkara yang berbeza.

“Okey, kalau kita buat versi lain, perkara ini tidak akan jadi isu. Ia tidak akan ada spark atau cetusan.

“Jadi bila orang kata kita ‘tiru’, Jane juga meniru kalau nak guna istilah ‘kampunglah’. Jane pun meniru,” katanya ketika ditemui pada sidang media anjuran Suria Records Company (SRC) pada Jumaat lalu.

Tambahnya, orang awam mungkin menganggap susunan lagu itu ditiru, namun bagi mereka yang memahami muzik, perbezaannya masih boleh dikenal pasti.

“Netizen cakap SRC meniru, tetapi meniru itu sebenarnya rujukan. Tiru dan curi adalah dua perkara yang berbeza.

“Telinga orang awam dengar meniru, tetapi kalau telinga muzik mereka boleh kenal pasti yang benda ini tidak ditiru. Kami bagi ‘cover version’,” katanya.

Menurutnya lagi, rakaman semula lagu itu sebenarnya merupakan ‘cover version’ kepada versi yang dihasilkan oleh Jane sebelum ini.

“Lagu ini adalah cover version kepada Jane punya cover version. Dia bukan meniru, dia cover version.

“Jane buat dulu. Waktu kita tahu perkara itu, kita cuba hubungi Jane tetapi tidak mendapat respons.

“Jadi kami fikir satu-satunya cara untuk menangani isu ini adalah dengan mengesahkan apa yang Jane sudah bagi sebagai idea asal AI, kemudian kita sahkan secara sah dan buat semula secara rasmi,” jelasnya.

Mengulas mengenai poster promosi yang turut menjadi bahan perbincangan, Efry mengakui elemen kontroversi juga sebahagian daripada strategi pemasaran dalam dunia hiburan.

“Itu kita dalam showbiz, Tanpa benda kontroversi itu, ia takkan ada spark.

“Itu adalah teknik pemasaran. Itu showbiz, dan semuanya untuk tujuan hiburan sahaja,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must-Watch Video

Advertisement