Skip to main content

Selebriti

Betul Ke ‘Strawberry Matcha’ Bakal Jadi Warna ‘Hot’ Raya? Ini Kata Survey

betul ke strawberry matcha bakal jadi warna hot raya ini kata survey

Sekilas

  • Gabungan warna ‘Strawberry Matcha’ iaitu pink lembut dan hijau matcha semakin popular sebagai pilihan baju raya tahun ini.
  • Pelakon Nadia Brian menjangkakan warna pastel seperti biru muda, lilac cair dan ‘Strawberry Matcha’ akan menjadi tema kegemaran ramai.
  • Pesanan utama adalah untuk pilih warna yang membuatkan anda selesa dan yakin tanpa risaukan pandangan orang lain.
Advertisement

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti antara yang paling dinantikan adalah pilihan kombinasi warna baju raya.

Advertisement

Antara kombinasi warna yang menjadi bualan hangat adalah ‘Strawberry Matcha’ iaitu gabungan warna pink lembut (strawberry) dan hijau matcha ini semakin popular.

Jadi persoalannya, adakah benar gabungan warna tersebut bakal menjadi trend raya tahun ini?

Gempak sempat membuat tinjauan bersama beberapa selebriti dan orang awam untuk meminta pandangan mereka mengenai trend tersebut.

Menurut pelakon Nadia Brian, warna-warna pastel antara yang bakal menjadi pilihan kegemaran orang ramai termasuklah ‘Strawberry Matcha’.

“Saya rasa tahun ini mungkin ramai tema pastel, tak kisahlah biru muda ke, lilac cair ke atau ‘strawberry matcha’, dan juga kena ada selendang.

“Saya rasa gabungan pink, hijau itu okay, asalkan mereka minat, gembira pakai baju warna itu, tak mengapa.

“Jangan fikir apa orang nak kata, kena yakin, tak kisah lah kata apa pun, asalkan anda selesa,” katanya.

Ikuti pandangan Khenobu, Sharifah Haneesya dan beberapa orang awam tentang trend baju raya Strawberry Matcha tahun ini!

Saksikan video penuh di Gempak.com

Anda mungkin berminat dengan

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Must Watch Video

Advertisement