Laman Utama
Iqbal Akui Teringin Nak Berlakon Dengan Erra Fazira - “Beliau Layan Saya Baik”
Selebriti media sosial dan penyanyi, Iqbal Zulkefli memuji keperibadian pelakon Erra Fazira yang dianggap sebagai tidak sombong dan baik terhadap dirinya.
Menerusi sesi soal jawab yang diadakan di Instagram, Iqbal berkata dia sangat mengagumi Erra kerana figura itu tidak pernah berkata buruk tentang orang lain.
“Kita ketepikan hal yang menimbulkan gosip sebentar. Apa yang saya kagum dengan Erra Fazira, beliau tidak pernah berkata tidak baik tentang orang lain.
“Saya ingat ketika saya menerima kecaman bertubi-tubi, beliau masih melayan saya baik. Bahkan ketika kami diusik tentang jodoh, beliau tenang saja,” tulis Iqbal di Instagram Story.
Dalam pada itu, Iqbal berkata, jika dia diberi peluang, dia ingin berlakon bersama Erra.
“Jika ada peluang berlakon bersama, saya teringin ada satu scene besar pun tak apa buat kenangan. Sebolehnya saya tidak mahu digosipkan dengan beliau, kerana lebih sayangkan hubungan baik.
“Selalu saya tengok celoteh beliau dengan anak dan kucing kucing peliharaan,” tulis Iqbal.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video