Single terkini usahawan Datuk Seri Vida, Ku Ikhlaskan memang sedang menjadi bualan ramai malah diparodikan oleh beberapa pihak.

Bukan mengenai lagu sangat yang diperkatakan wargamaya, tetapi adalah imej Vida yang disifatkan jelik, hodoh dan keterlaluan dalam muzik video yang disiarkan bersama lagu tersebut sejak pukul 3 pagi semalam.

Malah, MV Ku Ikhlaskan juga telah menerima tontonan hampir 1 juta di YouTube dalam tempoh kurang 24 jam ia disiarkan.

Salah seorang yang telah mendengar dan menonton MV tersebut adala bekas pembantu peribadi yang juga lelaki yang hampir menikah dengan Vida, Iqbal.

“Ya, saya sudah dengar selepas beberapa jam lagu tersebut dimainkan di radio,” kata Iqbal saat dihubungi Gempak.

Sambil memuji muzik video Vida yang disifatkan sangat internasional seperti milik penyanyi Lady Gaga dan Agnes Monica, Iqbal mengaku imej lelaki muda yang ditonjolkan dalam visual tersebut adala jelmaan dirinya.

Malah, Iqbal bersetuju jika penonton mengaitkan lagu Ku Ikhlaskan tersebut ditujukan Vida buatnya selepas hubungan cinta mereka tidak berakhir ke jenjang pelamin.

“Kalau orang kaitkan lagu tersebut dengan saya, ya saya rasa memang lagu itu untuk saya.

“Sebab dalam babak pertama muzik video, kalau perasan frame gambar sewaktu dipegang Datuk Vida, itu adalah muka saya yang dipangkah. Saya memakai baju biru dan sedang menyarungkan kasut.

“Mungkin orang luar tak perasan, tapi saya perasan (diri sendiri),” kata Iqbal lagi.

Dia yang kini sibuk menceburi dunia lakonan menambah: “Imej lelaki lebih muda, ya itu memang ditujukan untuk saya. Banyak momen momen yang membuat saya tersentuh dari muzik video tersebut.”

Meski memuji hasil kerja tim dan Vida menghasilkan single tersebut, Iqbal mengaku kurang suka dengan vokal penyanyi itu yang disifatkan sebagai sudah ‘dicantikkan’ terlalu banyak.

“Saya kurang suka tune suara lari banyak dari yang asal sampai lupa ini suara DSV atau ini bukan ke? Part original itu sudah hilang.

Saya pun penyanyi dan saya pesan kalau saya menyanyi, biarkan suara saya walaupun buruk, masih boleh didengar dengan jelas. Jangan lari sangat,” katanya.

BACA: "Ada Yang Rengsa, Ada Yang Campak-Campak Baju..." - Stylist DSV Dedah Proses Pembikinan MV Ku Ikhlaskan

BACA: “Jangan Tengok Video Muzik Vida” - Cecah Satu Juta Tontonan, Netizen Risau DSV Masuk Big Stage Tahun Depan

BACA: “Dengan Gula-Gulakan Kami…”- Menyanyi Untuk Tahfiz, Shaharulezad Minta DSV Jangan ‘Lacurkan’ Agama