Laman Utama
Iras Abang Sodiq, Ozlynn Wati Kongsi Wajah Anak Keenam Nur Latifah Cherdiq Hanania - “Kening Lawo Weh”
Pelakon Ozlynn Wati mendedahkan wajah terkini anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania yang kini berusia dua bulan.
Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn berkongsi foto Cherdiq untuk tontonan umum.
“Nama saya Cherdiq. Hari ini saya berumur 2 bulan 6 hari. Saya dah mula pandai hisap jari masa usia sebulan. Mama kena potong kuku saya setiap minggu sebab risau saya luka.
“Saya dah pandai berbual, susu tek fav saya. Tapi kalau mama penat, papa suap tek papa eh bukan! Bukan! Papa suap botol susu bagi susu tek mama haaa baru betul.
“Hmm okay la saya nak sambung tek. Babai sume, nanti saya pujuk papa saya supaya bagi tengok muka penuh saya okay,” ujar Ozlynn di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji wajah comel Cherdiq yang sangat iras dengan abangnya, Sodiq.
“Muka macam abang Sodiq la, comelnya,” puji seorang wargamaya.
“Alhamdulillah comel sangat ni, geng Sodiq, seriras,” kata seorang wargamaya.
“Masyallah cantiknya! Comel sangat. Semoga membesar dengan baik ya,” komen seorang wargamaya.
“Hai sayang, muka macam abang Sodiq la,” ujar seorang wargamaya.
“Kelakar la caption pun. Membesar dengan baik ye Cherdiq,” pesan seorang wargamaya.
“Masyallah omeynya kamu Cherdiq. Kening lawo weh,” tulis seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, ramai wargamaya bertek-teki tentang kehamilan Ozlynn apabila stesen radio Era FM mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak terbaru pasangan itu.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Selain Chediq, pasangan itu memiliki lima cahaya mata iaitu, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Must-Watch Video