HIBURAN
Irma Hasmie Kongsi Pengalaman Jejak Kaki Di Jurusalem, Palestin - “Saya Sendiri Tak Jamin Selamat Atau Tidak Tapi…”
Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie berkongsi pengalamannya menjejakkan kaki di tanah Palestin, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Irma memuat naik sebuh foto dia bergambar di perkarangan Dome of the Rock di Jurusalem, Palestin.
Kongsi Irma, dia tidak memberi jaminan keselamatan apabila berkunjung ke kota suci itu namun bersyukur perjalanannya selamat.
“Saya sendiri tak ada jaminan selamat atau tidak untuk ke sini tapi kami Alhamdulillah selamat pergi dan balik.
“Setiap takdir Allah itu aalah cinta indah yang ditulis olehNYA untuk kita.
“Saya sarankan anda cari jalan sampai dapat datang Al Aqsa, bila lagi kalau bukan sekarang, sementara masih ada peluang untuk orang Islam solat di sini,” tutupnya.
Dalam pada itu, Irma turut memaklumkan dia berhasrat untuk segera kembali ke tanah suci buat umat Islam seluruh dunia itu.
Must-Watch Video