Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Sham Visa dan Jatt Ali mencuri perhatian netizen menerusi persembahan battle lagu rap yang dilabel sebagai paling comel.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @intansnbness berkongsi sepotong video persembahan mereka menerusi lagu Angguk-Angguk Geleng-Geleng nyanyian asal kumpulan Ahli Fiqir pada konsert akhir GV2019.

“Pertempuran rap paling cute sepanjang masa! hahaha,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan persembahan kedua-dua bintang ini dan bersetuju dengan gelaran ‘battle paling comel’ yang diberikan.

“Bila diorang tanya, "Anda nak lagi??" Me: "Bring it on!!!!,” kata seorang wargamaya.

“Suka tengok penonton. Walaupun tahu lirik diorang ke laut dalam, goyang tak tentu arah tapi semangat pejuang tu buat penonton enjoy dan bagi sokongan,” komen seorang wargamaya.

“Satu family gelak dengar mereka rap, aku tak boleh tahan dengan Jatt, semput member,” ulas seorang wargamaya.

“Berdekah weh aku tengok Ironman Sham dengan atok Jatt ni duet,” kata seorang wargamaya lagi.

Kicauan video tersebut sehingga kini telah menerima hampir 5,000 ulang kicau dan 4,000 tanda suka.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.