gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cantik Berpurdah, Majlis Resepsi Aisyah Aziz & Suami Indah Penuh ‘Nuansa Islami’ - “Selawat, Qasidah & Bacaan Ayat Suci Al Quran…”
HIBURAN
Ahmad Sekali Lagi Memukau Berduet Dengan Ibu Saudara, Siti Nurhaliza Anggap Sebagai Pewaris Bakat Seni Keluarga - “Pelajaran Jangan Abai”
HIBURAN
“Tak Perlu Jatuh Cinta Semata Nak Bina ‘Chemistry’” - Ezzanie Jasny
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Isa Isarb Kongsi Nama & Wajah Anak Selepas Seminggu Dilahirkan, Netizen Pula Luah Rasa Bimbang - “Takut Nanti Kena…”

gempak
Asyikin Mayudin
13/01/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Isa Isarb Kongsi Nama & Wajah Anak Selepas Seminggu Dilahirkan, Netizen Pula Luah Rasa Bimbang - “Takut Nanti Kena…”
Selepas tujuh hari, pempengaruh dan YouTuber terkenal Isa Isarb berkongsi nama dan wajah cahaya mata lelakinya yang diberi nama Owais.

Pilihan nama

Isa menerusi perkongsian video di laman sosial miliknya berkata, dia dan isterinya iaitu Lisa Nosra memilih nama itu sempena tokoh sufi Uwais al-Qarni.

“Kami namakan dia Owais, sempena tokoh sufi Uwais al-Qarni, seorang tabi’in mulia yang terkenal dengan baktinya kepada ibu dan kehidupannya yang penuh keikhlasan, menjadi inspirasi untuk berbuat baik dan hidup dengan rendah hati,” kongsinya.

Malah, menerusi perkongsian itu juga, Isa turut berkongsi akaun TikTok dengan nama anaknya, Owais.isa dan memuat naik foto wajah putera sulungnya.

Kurang senang

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu namun terdapat segelintir mereka juga berasa kurang senang dengan perkongsian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isa Isarb Anggap Kelahiran Cahaya Mata Pertama Bawa Harapan Besar - “Jika Dr Mahathir Mengubah Malaysia, Saya Yakin Anak Saya Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Isa Isarb Keguguran, Akui Kesilapan Terlalu Awal Kongsi Berita Hamil - “Kita Akan Rahsiakan Dulu Jika Mengandung Lagi”

Mereka menganggap terlalu awal untuk pasangan itu berkongsi wajah anak mereka kerana bimbang dengan penyakit ain.
“Takut nanti kena penyakit ain… sebab tu tak boleh post muka baby dalam media sosial.

“Anak kakak I walaupun kitorang tak famous pun kena penyakit ain… ingatkan campak berminggu tak lega rupanya penyakit ain. Hati-hati dan tahniah.

“Lisa jangan tunjuk awal-awal bahaya,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Isa berkongsi berita gembira isterinya yang juga pempengaruh Lisa Nosra selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 4.35 petang, 6 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#Uwais Al Qarni
#Isa Isarb
#Lisa Nosra
#Anak Isa Isarb
#Owais
Must-Watch Video