Pelakon Isa Khan mengambil inisiatif membantu golongan peniaga dengan menyediakan perkhidmatan reviu secara percuma di platform media sosialnya.

Menurut Isa, perkhidmatan tersebut akan dilakukan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

"Assalamualaikum semua. Kepada sesiapa yang nak aku reviu produk korang secara percuma, tak kisah produk, makanan, IG Shop, perkhidmatan atau apa sahaja korang boleh DM aku terus ya.

"Aku akan reviu kat IG story setiap hari sepanjang bulan Ramadan ni. Pengikut aku tak ada lah berjuta pun, tapi Insya-Allah dalam 200,000 tu mesti ada yang berminat dengan produk korang dan aku doakan supaya jualan korang meletop-letop di bulan suci Ramadan ni," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Assalamualaikum semua. Kepada sesiapa yang nak aku review produk korang secara percuma, tak kisah produk, makanan, igshop, services atau apa sahaja korang boleh DM aku terus ya. Aku akan review kat story setiap hari sepanjang bulan ramadhan ni. Followers aku takdela berjuta pun tapi insyaAllah dalam 200k tu mesti ada yang berminat dengan produk korang dan aku doakan supaya sales korang meletop letop di bulan suci ramadhan ni! Semoga Allah Swt selalu jaga kita semua. Amin Ya Rabb Alamin. #kitabantukita #produkkorangakureview

A post shared by ℑ?? ?ℌ?? ™ (@theisakhan) on



Isa menawarkan perkhidmatan reviu secara percuma itu bermula semalam.

Kata Isa lagi, dia berbuat demikian sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban peniaga di luar sana agar tidak perlu mengeluarkan modal bagi mempromosikan produk mereka.

"Seperti yang korang maklum, reviu di IG Story dan feed ada bayaran dan sebagainya, tapi aku ikhlas nak bantu. Insya-Allah sedikit sebanyak ada peningkatan jualan, tanpa korang keluar modal untuk khidmat reviu.

"Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki," katanya.



Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Isa yang bermurah hati membantu golongan peniaga ketika ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, jangan lupa, saksikan drama lakonan Isa Khan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19!