Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham dan isterinya, Noor Aimi Jamil memilih nama yang cukup indah buat anak lelaki mereka iaitu Faaeq Fathian.

Bukan sahaja nama, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin juga turut mendedahkan wajah anaknya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Selain itu, Issey juga berkongsi makna disebalik pemilihan nama Faaeq Fathian.

“Faaeq Fathian Bin Fazlisham. Faaeq ialah tertinggi, ulama, terkemuka. Fathian ialah kemenangan. Moga awak jadi anak yang tinggi akhlak dan imannya.

“Tambah tambah pula kamu lahir pada tarikh ‘kemenangan’ kita. 31 Ogos 2021,” tulisnya.

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecomelan dan terpegun melihat hidung mancung Faaeq selain mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Issey dan Aimi bernikah pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Aimi sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya bersama bekas suaminya.