Laman Utama

Isteri Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Keenam - “Budak Kecil Ni Keluar Tangan Dulu…”

gempak
Mya Amri
03/04/2023
22:50 MYT
Sponsor Banner
Isteri Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Keenam - “Budak Kecil Ni Keluar Tangan Dulu…”
Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Isnin.
Bayi comel itu dilahirkan di pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur tepat jam 2:40 petang.
Shahida menerusi ruangan akaun Insta Story miliknya melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak keenamnya dipermudahkan.
Bagaimanapun Shahida juga berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir dengan mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
“Alhamdulillah ramai yang WhatsApp, Direct Message (DM) bertanya. Dah selamat bersalin dah.
“Masya Allah budak kecil ni kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat tu nak suruh masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.
"Akhirnya, keluar juga tangannya dulu baharu muka. Pertama kali juga ada pengalaman macam ni. Memang sakit sikit dari sebelum ini. Apa pun syukur selamat semuanya," kongsinya.
Dalam pada itu, Aliff juga menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya mendedahkan wajah anak keenam mereka.
“Syukur akhirnya bayi yang banyak dugaan ini lahir dengan selamat dan normal. Terima kasih doa kalian,” coretnya.
Terdahulu, Aliff telah mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live