gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Isteri & Anak Tiri Pakat Bunuh & Kerat Badan Suami Kerana Curang - "Setakat Ni Polis Hanya Temui 6 Bahagian..."

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
29/11/2022
10:04 MYT
Sponsor Banner
Isteri & Anak Tiri Pakat Bunuh & Kerat Badan Suami Kerana Curang - "Setakat Ni Polis Hanya Temui 6 Bahagian..."
Kejam! Seorang wanita ditahan polis New Delhi selepas membunuh suaminya sendiri dengan memotong badan dan menyimpan dalam peti sejuk sebelum melupuskannya, lapor agensi berita Sputnik.
Mangsa, Anhan Das adalah penduduk di perkampungan Pandav Nagar dan menetap bersama isterinya, Poonam serta anak tirinya, Deepak.
Polis menahan kedua-dua suspek ibu dan anak itu selepas menjumpai beberapa bahagian badan termasuk dua tangan, dua paha, tengkorak dan lengan di kawasan Trilokpuri, Kalyanpuri dan Pandav Nagar.
Identiti mangsa dikenal pasti selepas polis menjalankan siasatan dengan melihat kamera litar tertutup (CCTV) menyaksikan ibu dan anaknya bergerak membawa beg ke tanah terbiar.
Selepas siasatan lanjut, kedua beranak tersebut mengaku melakukan jenayah kejam itu dan mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit.
Pada 30 Mei, mereka meletakkan pil tidur dalam minuman Anjan dan kemudian mengelar lehernya. Mereka meninggalkan mayat dalam rumah selama sehari bagi membuang darah sepenuhnya.
"Kemudian mereka memotong badan kepada beberapa bahagian. Setakat ini polis hanya menemui enam bahagian," kata polis.
Media tempatan melaporkan kedua-dua suspek mengecat rumah selepas menyimpan mayat dalam peti sejuk untuk mengelakkan bau busuk.
Difahamkan, pasangan tersebut berkahwin pada 2017 dan kerap bergaduh.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Suami
#Isteri
#Bunuh
#Curang
#Anak Tiri
#Badan
#Kerat
#PAKAT
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement