Pergolakan rumah tangga pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bualan sepanjang hujung minggu ini.

Antara yang tertarik untuk memberikan komen berhubung isu terbabit ialah doktor selebriti, Dr. Say Shazril.

Ulas Dr. Say merumuskan situasi yang terjadi dalam institusi rumah tangga yang dibina setiap pasangan secara amnya, golongan wanita perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kebarangkalian.

"Kepada para isteri dan ibu di luar sana sangat digalakkan anda sentiasa bersedia. Bersedia dari segi pendidikan, mentaliti dan paling penting kewangan.

"Saya tahu apabila anda berkahwin anda merasakan 'finally there is someone to take care of me instead of my dad' tapi seperti kisah ni, NOTHING IS CERTAIN.

"Mujur mentua Sarah menasihatkannya untuk kembali bekerja, kembali keluar berjumpa orang sebab dia boleh nampak yang menantunya merana.

"Kenapa tak nasihat anak sendiri? Sebab lelaki susah nak berubah. Kantoi main perempuan, kantoilah apa sahaja, in the end we remain the same. Egois/ habit/ addiction/ degil saya pun tak tahu nak cakap mana satu.

"Alhamdulillah we can see despite whatever has happened, Sarah kekal cekal. So should ladies out there. Dont let your other half suppress you from being who you truly are if its not a bad thing," pesannya.

Enggan generalisasikan semua lelaki adalah sama, tambah Dr. Say lagi, golongan lelaki perlu bersikap lebih matang apabila melangkah ke alam berumah tangga.

"Satu lagi, lelaki kalau lapang, punyai wang dan ruang, di situlah mereka akan merewang. Im not saying all men but some men are like this.

"Kepada para lelaki pula, MAN UP. Kalau kalian tak suka life ada anak yang kalian kena mengadap kerenahnya ataupun kalian rasa pasangan tak up to your current standard, end it properly daripada abaikan tanggungjawab/ biar tergantung semata-mata agar kalian nampak seperti 'aku ada keluarga' walhal what you have is a broken family.

"I used to hate penceraian, I still do tapi lepas saya dengar kisah-kisah toksik dalam perkahwinan, divorce might be the best solution to some.

"Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan urusan Puteri Sarah & wanita-wanita di luar sana yang tertindas daripada irresponsible & cowardly husband," tambahnya.



Terdahulu, Syamsul tampil mendedahkan dirinya telah selamat menikahi Ira Kazar pada Jumaat lalu di Thailand selepas tular pelbagai spekulasi hubungan mereka sejak beberapa bulan lalu.

BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

BACA: "Ya, Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Rayu Pulang Ke Pangkuan, Selesaikan Masalah Di Rumah

BACA: "Letak Semua Kesalahan Pada Saya?" - Puteri Sarah Ucap Tahniah Tapi Dakwa Syamsul & Ira Dah Lama Nikah

BACA: Puteri Sarah Dedah Dah Setahuh Kena Block Syamsul Yusof - "I Suruh You Kahwin Sebab I Tak Nak Bersubahat Dengan Maksiat"

BACA: "Stop Guna Nama Allah, Nampakkan You Sangat Munafik" - Puteri Sarah

BACA: Kawan Puteri Sarah Bongkar Syamsul Nikah Di Siam Ketika ... - "Masa Tu Anak Sakit, Hancur Luluh Hati"


Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.