“Saya tak tahu.” Itu jawapan diberikan Shuk Sahar kepada Gempak ketika ditanya mengenai kehadiran isterinya di Mahkamah Syariah.
Pelawak kontroversi itu juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya mengunci mulut ketika ditanya soalan susulan.
Terdahulu, isteri Shuk, Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferahmemuat naik hantaran video di Instagram (IG) sedang menuruni anak tangga sebuah bangunan dipercayai Mahkamah Syariah.
Rossa yang memakai jubah berwarna hitam turut membawa sebuah fail di tangannya.
Pada hantaran tersebut, kapsyen dan latar suara yang digunakan Rossa juga menguatkan dakwaan keberadaannya di mahkamah dan berkait rapat dengan pergolakan rumah tangganya.
“Anda tidak boleh memulakan bab baru dalam kehidupan jika masih membaca di bab yang terakhir,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara suara latar yang digunakan pula berbunyi: “Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya.”
Di ruangan komen rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti memberikan kata-kata semangat kepada Rossa.
Ada juga yang menyokong tindakan Rossa sekiranya benar dia ke mahkamah untuk menyelesaikan krisis rumah tangganya.
“Sepatutnya dari dulu tapi kerana masih sayang demi anak-anak. Tapi bila bagi peluang lagi, masih tak berubah.
“Hati wanita sekali terguris dalam lukanya…Maaf tiada lg logo R (reverse) dalam hidup. Moga lebih tabah menempuh kehidupan yang lebih bahagia bersama anak-anak dan akan temui cinta yang lebih menghargai. Amin,” komen seorang pengikut.
Fiza Kamarudin
Thu Mar 17 2022

![[VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq [VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/mommy-gambar-(77).png?ext=.png)
[VIDEO] "Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu..."- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq
Ramai Terkejut Isteri Raja Afiq Tak Bertudung

“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah
Fokuslah pada lakonan

“Banyak Lagi Lelaki Bujang Kenapa Nak Suami Orang…” - Nama Tiba-Tiba Kena Petik, Sophia Albarakbah Diserang Netizen
Alamak kena serang pula.
![[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’ [VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/3_10.png?ext=.png)
[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’
Ada betul juga kata Kak Lina...

9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video - “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”
Alhamdulillah...

Peraduan Gempak Most Wanted
Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong
Sambutan Tahun Baru Cina masih terasa hangat meski sudah hampir seminggu diraikan.

Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru
Raline Shah memang dikenali sebagai seorang selebriti kaya tetapi merendah diri.

Berjaya Turun Berat Badan 15kg, Danny X-Factor Berniat Tambah Cahaya Mata; “Saya Semakin Berumur, Jadi Ini Masa…”
Insyallah

“Ira Kazar Hamil? Saya Tidak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Datuk Yusof Haslam
Betul ke Ira Kazar hamil?