Laman Utama

Isteri Kongsi Foto Berhijab, Tajul Komen - “Alhamdulillah”, Ramai Doakan Semoga Istiqomah

Mya Amri
15/08/2021
11:48 MYT
Isteri kepada penyanyi Tajul, Nurul Shamieza Eddie kelihatan begitu manis apabila tampil dengan imej berhijab.
Foto terbaharu yang dimuat naik Shamieza atau lebih mesra dengan panggilan Ica itu menimbulkan tanda tanya peminat Tajul sama ada isteri kesayangannya itu sudah berhijrah.
Malah kapsyen pada foto Ica juga seolah-olah memberikan bayangan bahawa dirinya dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
“Selamat hujung minggu semua! InsyaAllah doakan yang baik-baik,” tulisnya.
Tajul bagaimanapun menerusi ruangan komen foto tersebut menyatakan rasa gembira terhadap perubahan isterinya.
“Alhamdulillah @icaaeddie semoga yang baik-baik,” tulisnya.
Malah menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya juga, Tajul mengucapkan “Alhamdulillah”.
Dalam pada itu, ruangan komen foto isterinya juga dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh pengikutnya.
Tajul dan Ica telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy yang dilahirkan pada 6 Mei 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

gempak
18/07/2024
04:25 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.
Hiburan

Cantik Berhijab, Ramai Doakan Lana Nodin Yang Baik-Baik - “Manisnya Dia, Semoga Kekal Macam Ni”

gempak
14/04/2024
02:55 MYT
Cantiknya penampilan baru Lana Nodin.
Hiburan

Peminat Sokong Jika Syasya Mahu Berhijab - “I Will Continue Supporting Her”

gempak
11/04/2024
12:27 MYT
Cantiknya Syasya bila berhijab. Doakan yang baik-baik tau.
Hiburan

Hormati Bulan Ramadan, Ara Johari Manis Bertudung - “Niat Itu Ada, Mohon Doakan Yang Baik-Baik”

gempak
19/03/2024
02:55 MYT
Doakan Ara yang baik baik ya.
Hiburan

Kugiran Masdo Gembira Dengan Penghijrahan Aisyah Aziz - “Dah Boleh Nampak Dia Perlahan-Lahan Berubah”

gempak
07/03/2024
03:55 MYT
Suka lagu Masdo dengan Aisyah Aziz, best!