BERITA
Isteri Lahir Anak Secara Pembedahan Kali Kelima, Faizal Ismail Bersyukur Kedua-duanya Sihat.
Pengacara Faizal Ismail mengakui bersyukur isterinya selamat melahirkan anak buat kali kelima secara pembedahan pada 8 Ogos lalu di Pantai Medical Center, Kuala Lumpur.
Menerusi entri di Instagram (IG), Faizal telah berkongsi perasaan gembiranya dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, Syukur tak terhingga di atas kurniaan cahaya mata yang kelima. Seorang baby girl pagi semalam. Maaf tak sempat nak update.
"Kedua-keuda ibu dan anak sihat. Begitulah hikmah yang Allah tentukan. Kami pernah diuji Allah ambil balik anak yang kedua, diambilnya satu digantinya tiga.
"Jangan risau dan gundah dengan perancangan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Mengasihani. Bersabarlah atas apa yang berlaku, bersyukurlah dengan rezeki yang dikurnia, sedikit atau banyak.
"Terima kasih semua yang mendoakan. Semoga doa kalian yang baik-baik dikurniakan balasan yang serupa. InshaAllah," tulisnya.
Namun, sehingga kini Faizal masih belum bersedia untuk berkongsi gambar dan nama anak kelimanya kepada umum.
Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen di IGnya dengan mengucapkan tahniah kepada Faizal dan isteri serta berharap anak yang dilahirkan itu akan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video