Penyanyi James Morrison bukan sahaja kehilangan isteri tetapi cara pemergian wanita berusia 45 tahun tersebut boleh diklasifikasikan sangat tragik.

BERITA TRENDING: Pelakon Wanita Bunuh Diri Di Set Penggambaran Drama, Gantung Diri Di Kipas Siling!

Hal ini lantaran isterinya, Gill Catchpole ditemui meninggal dunia dengan cara menggantung diri di kediaman mereka.

Morrison, 39, diketahui menjadi individu yang menemui mayat isterinya tergantung selepas rakan Catchpole memaklumkan tidak dapat menghubungi wanita itu.

Kebimbangan rakannya membawa kepada penemuan mayat Catchpole di kediamannya di Whitminster, Gloucestershire pada 5 Januari 2023.

Ironi Catchpole dilihat sangat gembira beberapa minggu sebelum mengambil nyawa sendiri selepas melancarkan perniagaan katering, lapor BBC.

Kematian Catchpole meninggalkan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Wonderful World itu bersama dua anak perempuan mereka.

Selepas siasatan dijalan pihak berkuasa tidak menemui unsur jenayah sebaliknya wanita itu memang membunuh diri.