Seorang wanita warga Indonesia maut selepas disyaki ditumbuk dan ditampar suaminya di sebuah flat di Petaling Jaya di sini Isnin lepas, gara gara video Tik Tok.
BERNAMA melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian pada 10 malam itu, pasangan tersebut bergaduh selepas mangsa, yang merupakan isteri pertama suspek dan berusia 40 tahun, melihat suaminya bermain Tik Tok bersama isteri kedua lelaki itu.
“Ekoran itu, mangsa yang melihat rakaman video Tik Tok suaminya bersama isteri kedua terus memarahi suspek sebelum ditumbuk dan ditampar berkali-kali sehingga mangsa tidak bergerak serta ditinggalkan bersendirian (oleh suspek yang) menuju ke Klang.
“Polis kemudiannya menahan suspek pada 3.10 petang semalam di sebuah tapak pembinaan di kawasan Stadium Kuala Lumpur.
“Isteri kedua suspek turut ditahan di sebuah tapak pembinaan di Taman Klang Utama, Klang pada 6.20 petang semalam bagi membantu siasatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek, yang merupakan pekerja kontrak warga Pakistan berusia 29 tahun, dan isteri keduanya seorang warga Indonesia berusia 45 tahun telah direman enam hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya polis turut menemukan kesan lebam di tubuh mangsa namun punca kematian belum diketahui dan mayat wanita it telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Kredit Foto: Forbes
Maliah Surip
Thu Feb 11 2021
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri terkejut apabila mengetahui sikap sebenar pembantu rumahnya yang dipanggil Bibik Elly yang tidak berlaku jujur dan melayan anak bongsunya dengan teruk.