Seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera parah selepas didapati terjun dari sebuah bangunan apartmen mewah di Manhattan.
Setelah disiasat, lelaki tersebut yang diketahui terjun dari balkoni kediamannya di tingkat 18 apartmen itu adalah Ketua Pegawai Kewangan syarikat Bed Bath & Beyond, Gustavo Arnal.
Arnal dipercayai terjun dari apartmen yang berketinggian 57 tingkat itu pada tengahari Jumaat lalu.
Menurut laporan yang dikeluarkan pihak berkuasa, New York City Police Department, isteri Arnal menyaksikan suaminya menamatkan riwayat hidup dengan terjun dari balkoni kediaman mereka pada usia 52 tahun.
Bagaimanapun tiada nota bunuh diri ataupun kesan jenayah ditemui di lokasi, lapor CNN.
Kematian Arnal membuat seluruh warga Bed Bath & Beyond terkejut, apalagi dia baru menyertai syarikat tersebut pada 2020 lalu dan mengharungi fasa getir memberi kestabilan jualan dan aliran keluar masuk wang sepanjang pandemik.
Ketua pengarah syarikat tersebut, Harriet Edelman berkata: “Kami sangat terkejut dengan berita kematian ini. Kami menyampaikan takziah buat keluarganya.”
Arnal juga diketahui berhadapan saman bersama dua rakan sekerjanya, Ryan Cohen dan beberapa pemegang saham besar yang lain kerana disifatkan sebagai gagal dan ‘menjahanamkan’ syarikat pada 23 Ogos 2022 lalu.
Untuk rekod, minggu lalu syarikat tersebut disenaraikan sebagai menuju muflis dan mereka sedaya upaya menyelamatkan empayar perniagaan tersebut.
Antara langkah yang diambil ialah mengurangkan sebanyak 20 peratus pekerja dengan 150 kedai ditutup selain tidak lagi mengambil produk dekorasi kediaman yang sekian lama bernaung di bawah mereka.
Maliah Surip
Mon Sep 05 2022


Tan Sri Musa Hassan Kini Suami Qistina Lim, Netizen Ucap - “Tahniah Datuk Jalaluddin Hassan Dapat Kakak Ipar"
Tahniah Tan Sri Musa Hassan.

"Gelang Emas Lipan RM8,000 Sumayyah Hilang, Menangis Saya" - Puteri Sarah
Puteri Sarah dan Sumayyah baru-baru ini menjadi muse jenama barang kemas Trishya & Co.

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!
Jac pun rasa nervous dengan Tok Ram tau.

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Nana cari kekuatan, mohon restu ibu.

"Doakan Untuk Kami Yang Baik-Baik Saja" - Haqiem Rusli
Peminat harap Anis Sofea kembali berhijab.

#FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni
Nasi Kandaq Fest berlangsung dari 23-24 September 2023 di Sunway Putra Mall KL.

Ini 5 Pekerjaan Yang Boleh Menyebabkan Anda Mengalami Nyanyuk
Adakah termasuk pekerjaan anda?

Selena Gomez Rasa Terbeban Jadi Wanita Paling Ramai Pengikut Di Instagram
Selena akui terbeban

Cara Mudah Nak Halau Semut Dari Kerumun Pinggan Makan Haiwan Kesayangan Anda
Mudahnya!