gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Pempengaruh Maut ‘Mukbang’ Pelitup Muka, Pemerah Pipi & Lipstik
HIBURAN
'Top 10 Wanita Tercantik Malaysia’ Buka Jalan Cinta Jefri Nichol & Ameera Khan - "Saya Stalk Instagram Dia..."
HIBURAN
Ruben Onsu Gagal Tunai Haji: “Sebagai Mualaf Saya Menikmati Apa Yang Allah Beri”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Isteri Saya Masih Muda, Doakan Tya Terus Bertudung" - Asyraf Khalid

gempak
Gempak
03/06/2025
07:48 MYT
Sponsor Banner
"Isteri Saya Masih Muda, Doakan Tya Terus Bertudung" - Asyraf Khalid
Usahawan merangkap pempengaruh Asyraf Khalid mengakui kesilapan isterinya, Tya Arifin berhubung isu memakai tudung tetapi tanpa sengaja memperlihatkan rambut sehingga mengundang kritikan ramai.
Asyraf turut memberi jaminan, Tya yang juga pelakon sudah ambil iktibar dan akan lebih berjaga-jaga soal aurat bagi mengelakkan kesilapan sama tidak berulang lagi.
"Isteri saya masih muda lagi, Tya ambil iktibar daripada isu tersebut sebagai satu proses pembelajaran baginya untuk istiqamah memakai tudung dengan bertutup sepenuhnya.
“Perkara ini berlaku di luar jangkaan, jadi saya hanya terus memberi dorongan dan sokongan untuk Tya terus bertudung dan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.
Asyraf juga berharap agar netizen memiliki rasa empati terhadap kelalaian isterinya.
Kita sama-sama doa kepada Tya agar dia boleh jadi lebih baik pada masa akan datang dan tidak mengulangi kesilapannya.
“Saya selalu nasihat kepada Tya untuk bersabar dan setiap cabaran yang diberi oleh Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Anugerah Inspirasi PTTI dan RoadTour Skor A+ SPM 2025.
Dalam masa sama, mereka turut menerima dengan hati terbuka segala kecaman daripada netizen mengenai isu tersebut.
Ashraf berkahwin dengan Tya yang juga pelakon Indonesia pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Sumber: HIBGLAM
Topic Berkaitan
#Tudung
#Asyraf Khalid
#Tya Ariffin
Must-Watch Video