Kecoh di media sosial rakaman video seorang isteri merakam gelagat suaminya yang kantoi dengan seorang perempuan lain dalam kereta.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook, wanita tersebut dilihat begitu marah dengan perbuatan suaminya itu sebelum minta untuk dilepaskan dengan talak.

Video yang berdurasi selama 1 minit 05 saat itu dikatakan berlaku di Johor dan telah ditonton lebih 13 ribu kali dan dikongsi lebih 7,000 oleh netizen.

Menerusi video tersebut, wanita terbabit meluahkan rasa kecewanya sebelum meminta suaminya melafazkan cerai di hadapan perempuan itu.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengakui terkejut dengan sikap berani wanita terbabit yang sanggup meminta cerai dengan suaminya.

@Azlina: "Agaknya apa yang difikirkan oleh wanita itu sehingga sanggup berbuat demikian. Mungkin dia telah lama memendam rasa sebelum melakukan perkara sedemikian."

@QusyairiRos: "Saya respect dengan wanita tersebut kerana berani untuk meminta cerai dengan suami kerana bukan semua orang berani buat macam tu apabila memikirkan anak-anak."

@Edin12: "Alahaii, marah betul akak tu. Mungkin kita tidak tahu hal sebenar mengenai yang terjadi, sebaiknya kita mendoakan semoga perkara itu dapat diselesaikan dengan baik."

@Syahira: "Saya pun pernah menghadapi situasi yang sama. Mungkin siapa yang melalui sahaja akan rasa sakitnya macam mana. Mungkin cerai merupakan cara yang terbaik daripada sakit hati melihat suami curang dengan wanita lain."



Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi