,
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

Gempak
26/08/2024
00:55 MYT

Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.

Penuh Tradisi

Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selain dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan anak bekas Presiden Indonesia Suharto, Siti Hediati Hariyadi.

Istiadat bermula pada 8.30 malam selepas Tengku Puteri Afzan, yang juga kembar Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah, dibawa masuk ke Balai Mahkota disusuli ketibaan pengantin lelaki diiringi paluan kompang.

FD Idzham kemudian menghampiri Tengku Puteri Afzan dan menyerahkan sirih lat-lat yang kelihatan seolah-olah sejambak bunga kecil kepada isterinya yang menanti di peterana.

Majlis diteruskan dengan istiadat menyuap nasi semangat atau pulut kuning antara pasangan pengantin yang segak dan anggun mengenakan busana berona putih yang disempurnakan kekanda Sultan Pahang Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tan Sri Dr Tengku Meriam Sultan Ahmad Shah.

Sejurus itu, istiadat bersanding dan merenjis dizahirkan oleh Al-Sultan Abdullah diikuti Tunku Azizah, Sultanah Zahirah, Tengku Hassanal serta kekanda-kekanda Tengku Puteri Afzan yang mengenakan baju Melayu berwarna biru.

Ibu bapa pengantin lelaki iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria serta datuk dan nenek FD Idzham iaitu Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din serta Puan Sri Zainun Yaacob turut merenjis pasangan mempelai.

Turut merenjis pasangan itu, Siti Hediati Hariyadi, Wan Rosdy dan isterinya, Datin Seri Burhah Mohammed.

Majlis diakhiri dengan meletakkan peralatan istiadat iaitu pancabicara sebagai tanda merestui pasangan itu yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diikuti bacaan doa oleh Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua itu kemudian dibawa meninggalkan istiadat bersanding untuk majlis memotong kek dan santapan.

Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham selamat diijabkabulkan pada Khamis lepas di Balai Mahkota disusuli istiadat berinai pada Jumaat.

Dua Layar Besar Untuk Rakyat

Kesemua istiadat disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 dan satu di Tasik KotaSAS, Kuantan.

Tinjauan Bernama di Dataran MBK 1 hari ini mendapati orang ramai mula membanjiri padang itu pada 7 malam untuk mengikuti secara dekat majlis berkenaan selain dilihat turut merakam istiadat perkahwinan diraja tersebut sebagai tanda kenangan.

Turut menarik perhatian ialah penganjuran Pasar Sera yang menempatkan ruang untuk orang ramai menitipkan ucapan kepada pasangan itu selain 80 gerai menjual pelbagai juadah makanan dan barangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Afzan & FD Idzham Selamat Diijab Kabul

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Pahang Sebak Puterinya Bakal Melangsungkan Perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Bersama Tengku Puteri Afzan, Tengku Puteri Ilisha, Tengku Puteri Iman: “Goodbye Istana Negara”

ARTIKEL BERKAITAN: [FOTO] Bijak & Berjaya, Anakanda Kembar Agong Tamat Pengajian Di London, Netizen Ucap Tahniah!

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Puteri-Puteri Tunku Azizah Dalam Solekan Regal KHIR KHALID – “Keduanya Mewarisi Kecantikan Bonda..”

Sumber: Sinar Harian Menerusi Bernama

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Viral

“Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

gempak
06/09/2024
00:23 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tindakan tegas dan penyiasatan yang adil dijalankan susulan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP.
Berita

Suami Kenakan Isteri Letak Ganja Dalam Kereta Sebab Nak Bercerai

gempak
01/09/2024
18:55 MYT
Gara-gara cuba 'memperdajal' isterinya dengan meletakkan lebih 500 gram kanabis di dalam kereta, seorang lelaki di Singapura berdepan padah apabila dia dihukum penjara hampir empat tahun.
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Hiburan

“Terima Kasih Untuk 5 Tahun Ini, Aku Akan Berusaha Kuat Demi Kebahagiaan Anak..” - Cut Intan Nabila Beri Bayangan Perkahwinan Akan Berakhir?

gempak
24/08/2024
01:55 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.