Pelakon dan pengacara Nabil Ahmad akui kontroversi membabitkan dirinya menerusi komentar isu bantuan artis menjadikannya lebih insaf.

Ulas Nabil, setiap perkara yang berlaku menjentiknya dan menjadi pengajaran dalam hidup.

"Saya sudah lama menerima hakikat bahawa kontroversi adalah sebahagian daripada kerjaya sebagai anak seni.

"Selagi bergelar artis, sampai bila-bilalah saya kena hadap perkara ini. Cuma apa yang saya nampak, kontroversi itu mendidik saya untuk lebih dekat dengan Tuhan dan al-Quran.

"Sebenarnya, saya bersyukur dengan isu yang tercetus itu. Secara tidak langsung, ia menjentik kesedaran dalam diri ini.

"Menurut seorang ustaz, jika kita seronok dengan pujian yang diberi dan kecewa dengan penghinaan, itu maknanya tahap keimanan kita masih lemah.

"Kenyataan itu bagaikan suatu tamparan buat saya. Ternyata, insiden itu mengubah perspektif saya untuk tidak terus hanyut dengan pujian dan rasa gundah apabila dikecam," katanya kepada BH Online.

Nabil terseret dengan kontroversi isu permohonan Bantuan pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk penggiat seni yang menjadi pertikaian netizen.

Pengacara MeleTOP itu menerusi siaran langsung Instagram bersama Neelofa menyokong pandangan penyanyi Black yang memohon bantuan kerajaan untuk penggiat seni ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tindakan it menimbulkan rasa tidak puas hati netizen yang bertindak menyerang Nabil dengan kata-kata kesat.

BACA: "Ramai Cakap Saya Tak Ikhlas Minta Maaf Tapi…”- Nabil Ahmad Tegur Netizen

Nabil kemudiannya memuat naik video permohonan maaf dan menyifatkan netizen sedang meraikan kemenangan itu.

Namun, permohonan maaf itu disifatkan tidak ikhlas dan berniat untuk menyindir netizen.

Sumber: BH Online