gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Justin Timberlake Dedah Hidap Penyakit Lyme, Tetap Teruskan Jelajah Konsert - “Bukan Nak Minta Simpati, Tapi…”
HIBURAN
Selepas 10 Tahun, Che Nom Umum Undur Diri Dari Dunia Influencer - “Nak Deliver Video Bukan Senang…”
HIBURAN
“Saya Banyak Buat Lagu Tapi…” - Wani Kayrie Sebak Tonton Muzik Video ‘Biarkan’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Isu Dakwaan Ada Video Rakaman Tersembunyi Dalam Bilik Persalinan Pusat Beli-Belah, Polis Buka Kertas Siasatan

Awani
Awani
11/01/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
Isu Dakwaan Ada Video Rakaman Tersembunyi Dalam Bilik Persalinan Pusat Beli-Belah, Polis Buka Kertas Siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang tular, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus keselamatan sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi, di sini pada pukul 4.38 petang, Isnin lalu selepas rakaman itu tular di media sosial.
Namun katanya, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu tidak berlaku di pusat beli-belah berkenaan.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut Noor Dellhan, video berdurasi 11 saat itu turut dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Nishae, kira-kira pukul 9 pagi Rabu.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-414 9917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Bilik Persalinan
#Kamera Tersembunyi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement