Pempengaruh Azfar Heri tampil memohon maaf ekoran penularan foto dirinya mendapat satu plastik kacang dalam satu penerbangan milik Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini.
Mengakui tidak cakna akan impak kepada perkongsian foto menerima seplastik kacang berkenaan, Azfar menjelaskan dirinya juga tidak mengetahui adanya operasi standard berkenaan pemberian dan penerimaan makanan di dalam pesawat.
"Saya faham ramai yang marah berkenaan isu kacang MAS. Saya ingin memberi sepenuh kerjasama dengan pihak MAS sendiri untuk mengenal pasti situasi sebenar pramugari tersebut.
"Pertama sekali, saya mohon maaf sebab ada upload gambar kacang yang saya dapat dalam flight tu. Kacang itu diberi secara percuma dan saya tak minta sebarang paket kacang dari MAS sepanjang flight tersebut. Namun, saya sangat hargai atas pemberian tersebut.
"Silap saya disini ialah saya post gambar tersebut tanpa mengambil kira impact yang boleh dihadapi pramugari tersebut.
"Sejujurnya saya tak tahu wujudnya SOP yang tak boleh bagi kacang extra kepada penumpang dan saya mohon maaf sebab tak aware dengan benda ni dari awal," tulisnya dalam ciapan di Twitter.
Terdahulu, perkongsian Azfar di media sosialnya itu mendapat pelbagai reaksi terutama kecaman warganet termasuk ulasan dari bekas pramugara yang juga seorang selebriti, Zarul Umbrella.
BACA: Azfar Heri Dapat Satu Plastik Kacang MAS Sebab Berstatus Influencer? Zarul Umbrella Dedah Prosedur Sebenar - “Ikut SOP…”
Pada masa sama, Azfar masih mencari penjelasan tentang kesahihan dakwaan bahawa pramugari yang menghadiahkan kacang terbabit kepadanya telah diberhentikan kerja.
"Berkenaan dengan statement yang mengatakan pramugari tersebut dibuang, saya cuba nak kenal pasti kesahihan statement ini terlebih dahulu sebelum ada lagi banyak salah faham dari semua pihak.
"Statement ini dikeluarkan oleh akaun @cianpajan, kemudian dia delete tweet tersebut selepas beberapa jam. Kami tak tahu dari mana datang statement ni, siapa yang tulis dan adakah kesahihan statement ini betul. Saya juga tak tahu kenapa akauntersebut delete tweet ni.
"Sekarang statement tersebut tular sekali lagi selepas di upload balik oleh account twitter
@JarrNadjmuddean, kemudian jugak di delete.
"Saya harap kedua-dua owner akaun twitter tersebut tampil untuk memberi kerjasama untuk sama sama kenalpasti sumber statement ni dengan pihak MAS.
"Buat masa sekarang saya tak boleh beri apa-apa komen mengenai isu termination ini sebab kita masih belum dapat apa-apa official statement dari pihak MAS sendiri," ujarnya.
Justeru, Azfar bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak MAS untuk menyelesaikan isu terbabit.
"Saya akan beri full cooperation kepada pihak MAS dan saya harap dapat jumpa dengan semua pihak agar kita boleh selesaikan isu ni sewajarnya.
"Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi teguran membina," katanya.
Amri Hassan
Thu Sep 08 2022


#BIGSTAGE5: Coex Dapat Markah Tercorot, Farhan Shah Dah 3 Kali Bottom Three! Mujurlah Tiada Penyingkiran!
Semak markah penuh!

#PE3: 'Bawa Balik' Inspekstor Sani & Khai Dengan Korang! Figurine Polis Evo 3 Kini Dijual Cuma 100 Unit
Comelnya patung Zizan Razak & Shaheizy Sam!

Shashic & Filzah Selesa Sembunyikan 7 Tahun Percintaan – “Tak Ramai Suka…”
Patutlah tahu tahu dah kahwin

Fasha Sandha Dipuji Humble - “Baju Lama Tapi Recycle Balik..”
Hebat Fasha baju 2017 boleh pakai lagi!

#BIGSTAGE5: High School Crush! Mengimbau Kenangan Lagu Zaman Sekolah
Lagu semua best-best!

Tragedi Keretapi Terdahsyat India, 288 Maut & Ribuan Masih Terperangkap Dalam Gerabak
Takziah keluarga mangsa.

#BIGSTAGE5: “Tak Boleh Terlepas Ada Cinta Hati!” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Amir Ahnaf Jadi Presiden Netizen
Amir Ahnaf jadi Kapla Big Stage ke ni hehehe.

Sumbat Mayat Anak Buah Dalam Mesin Basuh, Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri
Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri

Scha Alyahya Terkejut! Tersenarai Antara Artis 'Rude' Dalam Trend Di Twitter - "Saya Minta Maaflah, Mungkin Tak Sedar Atau Tak Sengaja ..."
Scha Alyahya pun kena label rude?

#BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'
Aina Abdul kata pakaian yang dipakai sebahagian daripada brandingnya.