Berita

Isu Kecam Isteri Arwah Abam, Netizen Marah - Ali Puteh Bakal Buat Sidang Media

gempak
Badrul Hashim
20/02/2020
08:12 MYT
Sponsor Banner
Isu Kecam Isteri Arwah Abam, Netizen Marah - Ali Puteh Bakal Buat Sidang Media
Menaikkan status dengan mengecam isteri kepada Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey, adik kepada Abam Syed Ali Mubarak atau Ali Puteh dimarahi netizen dan pada masa yang sama meminta penjelasan.
Walaupun entri Ali Puteh yang mengecam Nor Hidayah Mohd Ali itu telah dipadamkan daripada Instagram milik Ali, namun netizen tetap tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukannya.
Rata-rata netizen menganggap perbuatan tersebut tidak menghormati Allahyarham dan juga tidak menghormati seorang isteri yang baru sahaja kehilangan suami.
"Apa pun, Ali tak patut up post isteri arwah berhati binatang. Itu kesilapan besar. Kesian arwah," tulis nazeera_edora yang mendapat hampir 5,000 likes di ruangan komen posting terbaru Ali.
"Aliputeh89 janganlah guna 'binatang'. Binatang sangat-sangat melampau dan tak boleh diterima. Satu lagi awak tulis terang-terang. Satu dunia baca. Macam mana dengan maruah keluarga dan nama baik arwah akibat dari apa yang awak tulis?" komen misz_ella.
"Banyakkan bersabar, bawa berbincang dengan keluarga, jangan post di media sosial, boleh mengundang fitnah kepada masyarakat. Maafkan atas teguran ini," tulis ustazahnorhafizahmusa.
Bagaimanapun Ali ada menjawab satu daripada komen yang telah dibuat oleh seorang netizen.
"Dan apa sebabnya kau boleh cakap macam tu dekat balu arwah abang kau? Kau marah dekat Aliff, apasal dekat balu arwah pun kau boleh cakap dia berhati binatang? Explain," tanya tpp_lighting_home.
"InsyaAllah saya akan usulkan kenapa saya berkata begitu. Doakan hamba yang hina ini," jawab Ali kepada komen di atas.
Ketika ini ramai yang sedang menanti jawapan tentang apa yang terjadi terutamanya apabila perkara ini berlaku ketika Datuk Seri Aliff Syukri berkunjung ke rumah balu arwah.
Ketika dihubungi pihak Gempak TV melalui WhatsApp, Ali memberitahu dia bakal mengadakan sidang media esok (Jumaat) dan segalanya akan terjawab.
Baca: “Saya Cabar Dia Bersemuka Dengan Saya” – Ali Puteh Terkilan, Tindakan Aliff Syukri Guris Hati Ibu
"Kalau Nak Bincang Baik-Baik Saya Okay” - Aliff Syukri Tak Ada Masalah Bersemuka Dengan Ali Puteh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live