Pelakon, Datuk Fizz Fairuz mempunyai pendapat sendiri mengenai isu yang hangat diperkatakan orang ramai iaitu trend sekolah mengadakan majlis graduasi di hotel mewah.

Menurut Fizz, dia tidak bersetuju sekiranya ada ibu bapa yang menganggap majlis graduasi anak sebagai satu komitmen besar.

“Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah sahaja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya. Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.

Malah kata Fizz lagi, isu berkenaan tidak sepatutnya timbul memandangkan perbincangan telah pun dilakukan bersama pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sebelum majlis dilaksanakan.

“Untuk anak-anak bagu sahajalah, dorang buat sebab PIBG sudah setuju dan ibu bapa dah setuju. Kalau tak setuju dorang tak buat.

“Setahun sekali buat, bukan hari-hari keluar 150-250 tu, beli bag dan kasut mahal mahal boleh. Takkan untuk anak nak berkira. Pendapat sayalah,” tulisnya.

Terdahulu, tular sebelum ini apabila pelakon Adrea Abdullah mempertikaikan trend majlis graduasi sekolah di hotel.

Menurut Adrea, tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran graduasi anak mereka.

Selain itu, trend berkenaan juga dilihat seolah okag mahu membuatkan ibu bapa bermegah megah di media sosial.