Hiburan

Isu Menari, Diva AA Tuntut Permohonan Maaf & Bayaran Daripada Penganjur - “Saya Sanggup Memandu Sendiri Ke Kedah…”

gempak
Asyikin Mayudin
02/04/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Menari, Diva AA Tuntut Permohonan Maaf & Bayaran Daripada Penganjur - “Saya Sanggup Memandu Sendiri Ke Kedah…”
Susulan isu mengenai video menari ala dangdut, pengacara sensasi Azwan Ali meminta pihak penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 untuk bertanggungjawab membuat permohonan maaf.
Sanggup memandu sendiri ke Kedah, Azwan atau mesra disapa sebagai Diva AA berkata dia tidak pernah berkira soal bayaran kerana memikirkan persahabatannya dengan Diva BB.
"Penganjur perlu bertanggungjawab membuat permohonan maaf serta mengemukakan bayaran lebih setimpal.
"Apa yang berlaku, selepas pulang dari acara itu, saya tak pernah timbulkan isu bayaran walaupun sebenarnya, ia bukan nilai saya.
"Saya tutup mata sebab mereka berkali-kali mengatakan, mereka tak ada bajet. Saya faham. Saya sanggup memandu sendiri ke Kedah seterusnya hadir di acara itu atas dasar persahabatan dengan Diva BB.," katanya.

Bakal Ambil Tindakan

Azwan turut menegaskan jika pertemuan dan penyelesaian itu tidak berlaku, dia juga tidak teragak-agak mengheret penganjur termasuk pempengaruh, Eira Aziera ke mahkamah.
Azwan turut mencabar pihak yang didakwanya sebagai 'pengkhianat politik' berikut mencetuskan kontroversi berkenaan agar bersemuka dengannya.
Terdahulu tular video Azwan bersama beberapa lelaki menari ala dangdut di sebuah acara dekat Baling.
Aksi mereka mendapat kecaman netizen dan disifatkan tidak menghormati bulan Ramadan.
Sumber - Harian Metro

BERITA TRENDING: Diva AA Menari, Penganjur Fiesta Raya Mohon Maaf - “Perkara Itu Di Luar Jangka”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024