Skip to main content

Hiburan

NARA Bergema Di Hari Kebangsaan 2026, Mimi Fly Syukur - “Apa Pun Yang Berlaku…”

NARA Bergema Di Hari Kebangsaan 2026, Mimi Fly Syukur - “Apa Pun Yang Berlaku…”

Sekilas

  • Penyanyi Mimi Fly bersyukur apabila lagu ciptaannya, NARA, dipilih untuk persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.
  • Mimi berkongsi rasa terharu dan menganggap pengalaman menyampaikan karya itu sangat bermakna dan magikal.
  • Beliau menegaskan pentingnya karya seni disampaikan kepada khalayak tanpa mengira apa jua cabaran yang dihadapi.
Advertisement

Penyanyi Mimi Fly meluahkan rasa syukur apabila karyanya, NARA terpilih sebagai salah satu lagu yang dipersembahkan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Menerusi Threads, Mimi berkongsi perasaan tersebut ketika memberi respons terhadap hantaran yang memaparkan video persembahan lagu berkenaan pada sambutan tersebut.

Advertisement

“Pengalaman melaksanakan ilham sebegini kekal segar dalam ingatan. Alhamdulillah, syukur.

“Apabila sesuatu karya itu sudah tiba masanya untuk disampaikan, sememangnya karyawan yang diberi amanah untuk menjadi penyampainya. Ia sangat magikal,” katanya.

Menurut Mimi, perkara paling utama buat dirinya adalah memastikan sesebuah karya dapat disampaikan kepada khalayak tanpa mengira apa juga yang berlaku.

“Tiada apa yang lebih penting. Apa pun berlaku, karya itu harus dilaksanakan.

“Terima kasih kerana membuka hati berdendang dengan karya ini,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement