Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Isu Pakaian Seksi Alya Iman, Ini Komen Pengurus! - "Alya Tidak Mahu ..."

Ainun
17/10/2024 07:55 MYT
Pengurus pelakon Alya Iman enggan mengulas isu berkenaan busana seksi yang digayakan artis di bawah naungannya ketika menghadiri sebuah acara hiburan baru-baru ini.

Jelasnya kepada Gempak, pelakon itu memilih untuk tidak mengulas kerana enggan memanjangkan lagi isu tersebut.

“Alya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan tentang isu tersebut kerana mungkin ianya akan menjadi lebih panjang,” katanya kepada Gempak.


Terdahulu, kehadiran Alya Iman di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 telah mencuri perhatian warganet dan disifatkan seksi terutama pada bahagian dada.

Ada juga yang mengandaikan tingkah laku Alya Iman ketika acara berkenaan nampak kurang selesa.

Sebelum ini, anak kepada aktor Allahyarham Azmil Mustapha itu mengambil keputusan untuk tidak bertudung selepas berbincang dengan keluarga dan enggan hipokrit dengan diri sendiri.

BERITA TRENDING: Netizen Kritik Penampilan Alya Iman Datang Anugerah - “Kenapa Pakai Baju Nampak Lurah?”

BERITA TRENDING: Teguran PU Riz Untuk Individu Kata ‘Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar’ - “Dalam Agama Ada Bahagian Yang Dipanggil Malu Dengan Dosa”

BERITA TRENDING: "Bomba Ketuk Pintu Rumah Ingat Saya Dah Mati" - Alya Iman Susah Bangun Tidur, Nafi Ambil Bahan Terlarang!

BERITA TRENDING: “Saya Rasa Berdosa…” - Alya Iman Jawab Spekulasi Berkahwin Hari ini

#Pengurus #Seksi #Iman #Alya Iman #Baju #Komen #Alya
;