Laman Utama

Isu Prof Didakwa Hina Pelajar B40: “Saya Telah Berhubung, Minta Penjelasan UiTM” - Menteri

gempak
Mya Amri
30/03/2022
05:25 MYT
Sponsor Banner
Isu Prof Didakwa Hina Pelajar B40: “Saya Telah Berhubung, Minta Penjelasan UiTM” - Menteri
Susulan isu seorang pensyarah yang didakwa telah menghina seorang pelajar golongan B40 mendapat perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad.
Terus bertindak pantas, Datuk Noraini juga memberikan respon mengenai isu tersebut dan memaklumkan akan mendapatkan penjelasan daripada universiti di mana tempat pensyarah itu mengajar.
“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini.
"Saya telah berhubung dengan pihak @uitmofficial untuk meminta penjelasan mereka,” maklumnya menerusi ciapan Twitter.
Ciapan itu juga sudah diulang ciap oleh warga Twitter yang bersetuju dengan tindakan pantas beliau.
Selain Datuk Noraini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi.
BACA: “Merosakkan Imej Universiti Keramat” - Prof Hina & Memperlekeh B40? MPP Tindakan Selayaknya!
BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40
Terdahulu, video berdurasi 1:45 minit tular itu merakamkan seorang profesor yang pada mulanya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya mempunyai komputer riba atau pun tidak.
Namun disebabkan pelajar itu tidak memiliki komputer riba, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuklah pekerjaan ibu bapanya.
“Bapak kau kerja apa? Mak dah tak ada? Bapak tak kerja? Kau tak ada adik-beradik?”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024