,
Nusantara

Isu Rendang Ayam Tak 'Crispy', PM Najib & Mahathir Pun Back Up Zaleha

Amri Hassan
04/04/2018
03:15 MYT
Selalu kita dengar sukan akan menyatu padukan rakyat sesebuah negara, kali ini rendang ayam tak crispy milik Zaleha Kadir Olpin berjaya menggabungkan suara se-Malaysia dan seluruh nusantara.
Baca: Mak Cik & Pak Cik Bawang Nusantara Bersatu, Laman YouTube MasterChef UK Dipadam
Zaleha yang tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana masakan rendang ayamnya yang tidak rangup mendapat tumpuan rakyat.
Dalam kehangatan menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba, episod 'ayam rendang rangup' turut 'menyatukan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang senada terhadap isu itu.
Najib, menerusi Twitternya secara sinis berkata: "Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood." Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan hidangan itu.
Sementara, Dr Mahathir pula dalam reaksinya di Twitter berkata: "Mungkin anda keliru ayam rendang dengan KFC."
Menariknya, KFC juga tidak terlepas mengambil peluang untuk mempromosikan hidangan signatur mereka, ayam goreng rangup.
"Satu-satunya hidangan ayam yang sepatutnya 'crispy' ialah ayam goreng kami. Kudos MasterChef Zaleha," tulis KFC Malaysia di Facebook rasmi mereka semalam.
Selebriti masakan popular negara, Chef Wan, melalui laman Instagram turut mengambil peluang mempertahankan Zaleha dengan membidas kritikan juri terhadap peserta berkenaan.
Baca: Isu Rendang Ayam Tak ‘Crispy’, Chef Wan Minta Juri Masterchef UK Berhenti Jadi Sarkastik!
Chef Wan berkata para juri harus memahami persediaan untuk memasak nasi lemak serta rasa sebenar hidangan popular rakyat Malaysia itu.
​​​​Zaleha melalui laman Instagram berkata walaupun hampa selepas tidak berjaya ke peringkat separuh akhir, beliau tetap mempertahan tindakannya memasak hidangan berkenaan dengan cara tradisional.
Ibu kepada dua anak yang turut memuat naik sekeping gambar hidangan terakhir dalam MasterChef UK berkata pengalamannya terlibat dalam program itu akan terus terpahat dalam memorinya selain menghargai sokongan diberikan sepanjang beliau bertanding.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Najib Mahu Man On The Run Dikeluarkan Daripada Netflix

gempak
08/01/2024
05:27 MYT
Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini
Laman Utama

"Lebih Baik Bunuh Saya" - Rosmah

gempak
01/09/2022
21:34 MYT
Datin Seri Rosmah Mansor membuat kenyataan dalam perbicaraan kes rasuahnya dari kandang Mahkamah Tinggi
Laman Utama

“Dah-Dah La Komen Dan Buat Video Menghina” – Michael Ang Nasihat Netizen Jangan Berlebih Ulas Isu Najib Razak

gempak
24/08/2022
09:36 MYT
Michael Ang nasihat netizen
Laman Utama

Najib Cadang Pengeluaran 'One-Off' KWSP Sebelum Ramadan, Ramai Sokong!

gempak
14/03/2022
23:21 MYT
Cadangan yang baik...
Laman Utama

"Tun Mahathir Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan Lanjutan" - Marina Mahathir

gempak
22/01/2022
12:09 MYT
Doa yang baik-baik...
Unitar