Laman Utama
Isu Rumah Tangga Makin Reda, Rizky Billar & Lesti Kejora Mahu Pindah Ke Jepun?
Selepas isu dan polemik rumah tangga pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar semakin reda, kini timbul lagi satu khabar angin yang mendakwa kedua mereka bakal berhijrah ke Jepun bagi memperkembangkan perniagaan baharu.
Sungguhpun masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai hal berkaitan perpindahan berkenaan, namun, ramai antara pengikut Lesti dan juga Rizky penasaran terhadap desas-desus itu.
Tidak terus membiarkan netizen tertanya-tanya, abang kepada Rizky, Bobby Rahman akhirnya tampil menjawab gosip berkenaan.
"Kalau untuk ke sana (Jepun) saya kurang tahu… belum ada perancangan untuk ke sana," kata Bobby menerusi saluran Youtube Seleb Oncam News baru-baru ini.
Selain itu, Bobby juga mendakwa yang dia belum tahu khabar terkini mengenai kerjasama bisnis antara Rizky dengan individu di negara matahari terbit itu.
Menurut Bobby, pastinya, mereka memang sudah bertemu di Indonesia.
"Cuma belum tahu selanjutnya seperti apa," ujar Bobby.
Pengakuan Bobby Rahman ini senada dengan pengurus Rizky, Derry Syahputra yang juga masih belum mendengar khabar mengenai penghijrahan pasangan itu ke luar negara.
Menurut Derry, dia hanya tahu Rizky memang sudah lama memiliki keinginan untuk merantau ke Jepun sejak sekian lama.
"Saya masih belum dengar sama sekali kalau dia ingin merantau ke luar negera. Cuma dia memang punya impian buat perniagaanya, kalau dia tidak berjaya dalam dunia entertainment ini.
"Tapi, alhamdulillah dia sukses. Maksudnya, orang tahu dia dan alhamdulillah cukup untuk isteri, anak dan keluarganya," kata Derry.
Terdahulu, Lesti mendakwa Rizky melakukan kekasaran terhadap dirinya sehingga bertindak membuat laporan polis.
Begitupun, selepas ramai pihak menyebelahi dan menyokong Lesti, wanita itu kemudian menarik semula laporan dan kembali berbaik dengan suaminya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video