Skip to main content

Selebriti

“Saya Takut, Saya Ada Sejarah...” - Syed Saddiq

“Saya Takut, Saya Ada Sejarah...” - Syed Saddiq

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengakui cabaran mencatat masa lebih baik dalam kejohanan Ironman Malaysia selepas berkahwin dengan Bella Astillah.
  • Dia menepis khabar angin bahawa status suami menyebabkan perubahan badan dan berazam membuktikan prestasi sukan tidak terjejas.
  • Syed Saddiq juga berkongsi gelaran 'Syed Sesat' kerana sering sesat ketika latihan dan kejohanan sukan yang disertainya.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui perbezaan satu jam catatan masa menerusi kejohanan sukan Ironman Malaysia adalah bukan mudah terutama kini dia bergelar suami kepada pelakon, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian siaran langsung di Tiktok, Syed Saddiq akui sering mendengar khabar angin mengenai individu yang sudah berkahwin, kebiasaannya tubuh badan mereka akan turut berubah.

Advertisement

Bagaimanapun, dia akan cuba menyahut cabaran tersebut dan membuktikan statusnya bukan penghalang untuk mencatat rekod yang lebih baik dalam sukan berkenaan.

“Perbezaan 12 jam dan 13 jam ini berbeza. Ia bukan mudah. Orang kata bila dah kahwin terutama isteri masak sedap, perut akan kedepan. Tetapi saya letakkan cabaran dan ujian itu untuk buktikan walaupun begitu, saya masih boleh buat lebih daripada itu,”tulisnya.

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut mendedahkan dirinya digelar SS iaitu Syed Sesat akibat sering sesat ketika menyertai mana-mana kejohanan atau latihan.

Advertisement

“Saya takut saya ada sejarah sesat sampai orang gelar saya SS iaitu Syed Sesat. Tapi saya percaya kali ini paparan akan jelas. Saya banyak kali sesat. Haritu saya sesat kat Desaru. Selepas itu, training kat langkawi tiga kali training dan ketiga-tiga itu saya sesat. Orang yang saya sertai pun boleh sesat sampai orang ingat saya Badi,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

ZANZEA Women Korean Long Sleeves Round Neck Knit Stripe Printed T-Shirts

ZANZEA Women Korean Long Sleeves Round Neck Knit Stripe Printed T-Shirts

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

adidas Football Spain 26 Tiro Training Jersey Men Blue KA8193

adidas Football Spain 26 Tiro Training Jersey Men Blue KA8193

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

Must Watch Video

Advertisement