Laman Utama

Isu Salam Artis Hilang Roh & Jiwa, Ramai 'Panas Hati'! Sharnaaz; "Nak Maki Tapi Kena Sabar"

gempak
Shahrin Zulkifle
10/11/2022
00:00 MYT
Sponsor Banner
Isu Salam Artis Hilang Roh & Jiwa, Ramai 'Panas Hati'! Sharnaaz; "Nak Maki Tapi Kena Sabar"
Isu mengenai seorang ustazah yang mendakwa seseorang boleh kehilangan roh dan jiwa mereka jika bersalaman dengan golongan selebriti telah menyorot perhatian ramai orang termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad.
Menurut Sharnaaz, dia akui geram dengan kenyataan ustazah berkenaan, namun perlu menahan kemarahannya dan bersabar.
“Nak maki tapi kena sabar, nak penendang pun kena sabar, nak penampar pun kena sabar.
“Berebut syaitan yang hasut nak maki ni, beza antara ‘Ulama’ dan ‘Ulam pegaga’,” katanya.
Sharnaaz meluahkan rasa kesalnya itu menerusi satu hantaran di IG Stories miliknya baru-baru ini berserta satu tangkap layar kenyataan daripada sebuah media mengenai isu berkenaan.
Selain Sharnaaz, seorang lagi pelakon iaitu Noorkhiriah turut tampil memberikan pandangannya mengenai isu tersebut.
Menerusi hantaran di Instagram, Noorkhiriah menjelaskan dia berasa sedih dengan kenyataan yang dilontarkan namun dirinya percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu.
“Pasti ada hikmah di sebalik kejadian, sedihnya sebenarnya bila baca komen macam itu, tapi janganlah kata kerja kami (selebriti) seburuk itu.
“Betul, tak boleh salam jika berlainan jantina, tapi janganlah pukul rata kami macam itu.
“Apa-apa pun terima kasih ustazah, saya doakan ustazah sentiasa dalam rahmat Allah. Andai ada rezeki terjumpa, boleh saya peluk ustazah? Nak ambil berkat,” katanya.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak, aktres berkenaan sudah pun memadam hantaran berkenaan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live