Susulan dikecam gara-gara memuat naik foto dia menayangkan ‘six pack’ ketika bercuti, pelakon Atiq Azman tampil berterima kasih kepada netizen yang menegurnya.

Bagaimanapun, Atiq berkata tiada masalah untuk memberi teguran kepada dirinya, namun seeloknya ia dilakukan dengan cara yang baik dan bukan menghina.

“Pertama sekali saya nak cakap, terima kasih yang tegur saya. Tidak salah, dipersilakan. Cara nak tegur bukan tegur menghina, cakap orang macam tiada dosa, diri sendiri tak cermin buat dosa komen begitu?

“Cara tegur seeloknya doakan yang baik-baik, ini tidak. Rasa diri bangga dengan cara teguran yang tak mencerminkan diri,” kata Atiq menerusi laman Instastory mililknya.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah sekali lagi menegaskan dirinya bukan individu yang menyukai golongan sejenis (LGBT) seperti yang didakwa segelintir pihak.

Aktor berusia 23 tahun itu turut menekankan untuk menegur kesilapan seseorang dengan cara berhemah dan profesional kerana manusia sememangnya tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

“Kemudian, yang tekan kan LGBT sekali lagi, ini paling kelakar. Takkan aku nak tunjuk keliling aku perempuan, pastu mulut lancang juga. Nanti mula lah ‘eh la buaya mamat ini’.

“Sebenarnya saya nak cakap dekat sini, bukan nak menggelupur, kau tengok artis lain berlambak, lepas itu tegur aku satu-satunya bekas tahfiz yang teruk. Habis itu, pangkat ustaz-ustaz yang liwat semua itu?

“Masing-masing ada salah, bukan nak cakap dosa tanggung masing-masing, tapi cara teguran itu tidak manis, jadi la profesional sikit,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang ‘Six Pack’ Ketika Bercuti, Netizen Tak Senang Duduk Tengok Penampilan Atiq Azman - “Bangga Gila Tunjuk Aurat…”

Terdahulu, Atiq berkongsi beberapa foto yang memperlihatkan dia menayangkan bahagia dadanya ketika sedang bercuti di sebuah pusat perangingan popular, Pulau Perhentian.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Atiq memandangkan aktor itu sebelum ini sangat menitikberatkan soal aurat. Malah, dia juga difahamkan bekas pelajar sekolah tahfiz.