Laman Utama

Isu Tudung: “Kalau Dah Pakai Jangan Normalkan Untuk Buka” - Ummi Nazeera Mohon Doa Kekal Istiqomah

gempak
Mya Amri
11/08/2022
04:15 MYT
Sponsor Banner
Isu Tudung: “Kalau Dah Pakai Jangan Normalkan Untuk Buka” - Ummi Nazeera Mohon Doa Kekal Istiqomah
Pelakon Ummi Nazeera tampil memberikan pandangan berkaitan dengan isu semasa yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu artis membuka tudung.
Menurut Ummi, bagi mereka yang berhijab jangan menganggap perbuatan membuka tudung itu adalah sesuatu yang normal dan tidak salah.
It’s not normal, it’s not right. Jadi saya minta orang disekeliling saya yang menyayangi saya, doakan saya supaya saya tidak membuka tudung.
“Saya risau itulah saya punya pengakhiran. Kita tidak tahu pengakhiran kita macam mana, sekarang ini saya pakai tudung, saya tidak tahu pengakhiran saya bertudung atau tidak,” katanya.
Sedutan pendek temu bual Ummi bersama radio Zayan.my itu dimuat naik oleh seorang peminat di akaun TikTok.
Dalam pada itu, Ummi juga turut berpesan untuk mendoakan perkara yang baik buat mereka yang kembali tidak bertudung.
“Mungkin rakan-rakan artis kita yang sudah buka tudung nanti pengakhirannya dia pakai tudung. Kita tidak tahu. Amin… Insya-Allah, Amin.
“Cuma saya doakan mereka jumpa balik jalan tu. Apa yang saya nak cakap it’s not something wrong, if you’re not ready, you’re not ready.
“Saya tak cakap if you’re not ready dont wear, no, if your not ready not ready. Cuma kalau dah pakai tu dont make it something normal lah nak buka sebab ramai sebenarnya sekarang, dah macam jadi satu penyakit.
“Tapi Allah sangat menyayangi orang yang masih ingatkan dia. Bila kita lupa, kita pusing balik. Sebab kelebihan kita ini adalah kerana kita ada nafsu.
“Itulah kelebihan manusia kenapa Allah sayang sangat pada kita sebab kita ada nafsu pun kita masih pusing balik pada Dia,” jelasnya.
@umminazierra AGREE ✅ #umminazeera #fyp ♬ DUKA SEBALIK TAWA - PUTERI KHAREEZA
Perkongsian itu juga menerima reaksi positif netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Ummi selain menyukai cara percakapan dan susun atur ayat pelakon cantik itu.
Terdahulu, sejak akhir-akhir ini isu artis membuka hijab semakin menjadi-jadi dan menjadi topik hangat untuk dibicarakan netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live