gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bella Astillah Tiba Di Mahkamah Ikuti Keputusan Kes Syed Saddiq
BERITA
Bekas Pengetua Dipenjara 107 Tahun Kerana Rogol, Salah Laku Seksual Pelajar
HIBURAN
Abby Abadi Enggan Panjangkan Isu Babitkan Keluarga, Harap Marissa Lalui Perkahwinan Dengan Tenang - “Dia Tetap Anak Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Isyariana Akui Trauma Untuk Kembali Menyanyi Selepas Tersingkir AF2016 - “Saya Memang Suka Menyanyi Dari Kecil”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
24/06/2025
18:50 MYT
Sponsor Banner
Isyariana Akui Trauma Untuk Kembali Menyanyi Selepas Tersingkir AF2016 - “Saya Memang Suka Menyanyi Dari Kecil”
Pelakon dan penyanyi, Isyariana, mendedahkan hasratnya untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian selepas sekian lama memberi fokus sepenuhnya kepada bidang lakonan.
Menurut Isyariana atau nama sebenarnya, Isyariana Che Azmi, 35, dia mengakui pernah melalui fasa trauma selepas tersingkir pada minggu kelima dalam program realiti Akademi Fantasia 2016, sekali gus membuatkannya menjauhkan diri daripada dunia muzik.
“Apabila sudah berlakon saya sudah tidak menyanyi, kemudian tersingkir pula pada minggu kelima selepas memasuki Akademi Fantasia 2016 dan tidak dinafikan ada trauma sedikit.
“Ketika menyanyi memang trauma itu menghantui dan disebabkan itu saya sibukkan diri dengan lakonan.
“Tapi apabila kembali menyanyi pada tahun lalu, saya rasa mungkin sudah sembuh daripada trauma itu.
“Ramai juga yang beri sokongan untuk saya kembali aktif menyanyi,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, Isyariana turut berkongsi bahawa minat terhadap nyanyian sudah mula bercambah sejak kecil dan dia tidak pernah lupa terhadap muzik walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.
“Daripada saya kecil, saya memang suka menyanyi. Kalau di rumah, saya sahaja yang rajin menyanyi dan apabila sudah memasuki bidang lakonan saya tidak tinggalkan nyanyian itu.
“Cuma saya rasa kekok sikit sahaja,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Isyariana turut menghiasi layar perak menerusi peranannya sebagai Wati dalam filem Misteri Fraser 1910, yang dijadualkan tayangannya pada 26 Jun ini.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Penyanyi
#Menyanyi
#Tersingkir
#Trauma
#Suka
#Isyariana
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement