Pasangan Asyraf Khalid dan Tya Arifin baru meraikan ulang tahun perkahwinan mereka kali ketiga semalam.
Sama seperti pasangan lain yang mendirikan rumah tangga, Asyraf turut membuat ucapan sempena hari bersejarah pasangan itu.
Tya juga memuat naik foto bersama beserta ucapan ulang tahun perkahwinan.
"Happy anniversary yang ketiga kalinya sayang. Thanks for always being there for me. Cinta Kamuuu @asyrafkhalid," tulis Tya.
Ruangan komen Asyraf dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan keluarganya.
Asyraf dan Tya telah berkahwin 1 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Arif Jiwa.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening