Laman Utama

"Itu Hak Nabila" - Sharnaaz Ahmad Enggan Masuk Campur Spekulasi Hubungan Noor Nabila & Engku Emran

gempak
Zulaikha Yusof
04/03/2021
07:25 MYT
Sponsor Banner
"Itu Hak Nabila" - Sharnaaz Ahmad Enggan Masuk Campur Spekulasi Hubungan Noor Nabila & Engku Emran
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang melibatkan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran.
Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.
"Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila," katanya secara ringkas.
Sebelum ini, sebuah portal hiburan mendakwa kakak kepada usahawan Neelofa itu sudah bertunang dengan Engku Emran iaitu bekas suami kepada bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella.
Baru-baru ini, Engku Emran didakwa berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi yang juga disertai ahli keluarga yang lain.
Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live