Laman Utama
Izara Aishah Rasa Bersalah Buat 'Posting' Selain Kejadian Di Palestin - "Saya Minta Maaf"
Pelakon Izara Aishah, 29, akui berasa bersalah apabila terpaksa memuat naik hantaran selain daripada kejadian di Palestin di laman media sosial miliknya.
Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham memohon maaf terutama pada pengikutnya kerana terpaksa menyelesaikan tuntutan kerja yang sudah lama dipersetujui.
"Saya merasa pelik berkongsi foto dan video yang tidak berkaitan dengan apa yang berlaku di Palestin.
Advertisement
"Tetapi saya harus, kerana komitmen yang telah lama dipersetujui. Saya minta maaf," tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi beberapa ciapan di laman Twitter pada Ahad lalu.
Dalam pada itu, pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa menyatakan usahanya mewar-warkan keadaan di Palestin kepada umum masih belum mencukupi.
"Saya berasa sangat tidak berdaya. Doa, menderma dan menyebarkan kesedaran di media sosial sepertinya tidak cukup bagi saya," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Haris, Diana Amir Doa Untuk Palestin
Must-Watch Video