Viral
Jadi Housewife Pun Ada KPI? Hadiah Suami Buat Isterinya Ini Buat Netizen 'Cair'
Pernah tak terfikir satu hari nanti suri rumah juga mempunyai penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI)? Kalau KPI tinggi pasti dapat bonus, kan?
Itulah yang berlaku pada seorang wanita apabila menerima 'bonus' daripada suaminya selepas cemerlang menjalankan tugas sebagai suri rumah.
Menerusi Twitter, wanita dikenali sebagai Fazlinazhran ini memuat naik gambar hadiah yang kebanyakkannya terdiri daripada barangan kelengkapan rumah. Sehingga kini tweet terbabit telah dikongsi sebanyak 3,400 kali!
Husband cakap ni hadiah sebab perform KPI housewife.?
Sebab tu kena suruh lelaki buat kerja rumah, baru tau betapa susahnya perempuan buat kerja pakai benda basic. So they all boleh upgrade hehe
Thank you @LazadaMY, lazada punya birthday tapi kita yang dapat hadiah hahaha? pic.twitter.com/l7xPqp4sEn— Olivia (@fazlinazhran) April 1, 2019
Menurut Fazlinazhran gelaran KPI housewife itu juga hanya jenaka semata-mata dan tiada kena mengena dengan paksaan daripada suaminya.
"Haha guys, yang KPI housewife tu melawak ja la. Laki aku tak torture pun kena ada KPI, and aku bukan housewife pun haha. Tapi kalau boleh jadi housewife full time, siapa takmau. Aku quit kerja sekarang jugak! Hahaha," katanya.
Rata-rata pengguna Twitter kagum dengan layanan 'sweet' suaminya yang membelanjakan barangan keperluan rumah buat isteri tercinta.
kalau aku dapat hadiah ni masa birthday aku pun best jugakk ?? boleh lah mengemas dgn bahagianya ??— Azril (@Azril_Hosaini) April 2, 2019
Tgok pun dahhh happpyy gila dapat ?
— Sabr (@anisxbrina) April 2, 2019
tahniah puan, semoga family kekal bahagia... ????
— peanut butter (@syahcroissant) April 3, 2019
Must-Watch Video